.

.

Jumaat, 17 April 2015

Bengkel Penerapan KBAT dan Pentaksiran Sains PT3 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 - Hari 02

Hari kedua Bengkel Penerapan KBAT dan Pentaksiran Sains PT3 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 diteruskan dengan pengisian maklumat berguna mengenai pentaksiran dan juga penerapan KBAT dalam pdp.

Sesi awal dimulakan dengan pembinaan soalan melalui JSU. Semua 210 peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan dikendalikan oleh para fasilitator. Peserta diajar teknik menggunakan JSU bagi memberi lebih kefahaman kepada membina soalan yang lebih berkualiti. Pembinaan JSU dengan 60% soalan KBAT juga memberi input berguna kepada guru bagi melakukan persediaan rapi menyediakan pelajar ke arah KBAT.

Sesi kedua disambung dengan sesi membina soalan KBAT berdasarkan kepada JSU yang dibina. Soalan KBAT yang dibina kemudiaannya akan dibincangkan di dalam dewan bersama-sama guru-guru lain. Soalan yang ditambahbaik kemudiannya dibaiki. Guru-guru mendapat gambaran yang lebih jelas berhubung soalan yang lebih menepati kehendak peperiksaan.

Semoga guru yang hadir sebagai peserta mendapat banyak input yang boleh membantu pelajar dan juga guru sendiri untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.






























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan