.

.

Jumaat, 17 April 2015

Anugerah Pengurusan Panitia Daerah Terbaik Kategori Sekolah Menengah 2014

Panitia Sains Daerah Kubang Pasu dengan bangganya mengumumkan kejayaan Panitia Sains Kubang Pasu yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengurusan Panitia Daerah Terbaik Kategori Sekolah Menengah 2014 bagi PPD Kubang Pasu. Anugerah disampaikan sempena Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kubang Pasu pada 23 Jun 2014.

Pemilihan Panitia Sains Kubang Pasu sebagai Panitia Terbaik Daerah adalah untuk kali kedua berturut-turut, iaitu bagi tahun 2013 dan 2014. Tahniah kepada semua AJK Tertinggi, Ketua Panitia Sains dari semua sekolah, Guru Cemerlang Sains dalam PPD Kubang Pasu dan semua guru-guru Sains yang telah berjaya menggerakkan Panitia Sains Kubang Pasu ke tahap yang sangat mengkagumkan.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan setiap program dan aktiviti seperti yang dirancang selama ini. Semoga usaha kita ini mendapat rahmat dan kebaikan di sisi-Nya. Amin.


Anugerah Pengurusan Panitia Daerah Terbaik Kategori Sekolah Menengah 2014




Tiada ulasan:

Catat Ulasan