.

.

Isnin, 24 Ogos 2015

Pelancaran dan Perasmian Blog Panitia Sains Daerah Kubang Pasu

Dengan bangganya blog Panitia Sains Daerah Kubang Pasu dirasmikan pada hari ini dengan Majlis Sekalung Budi Seikhlas Hati oleh Tuan PPD Kubang Pasu, Tuan Haji Abdul Razak bin Mat.




"Dengan lafaz Bismillah, 

saya dengan ini, 
Pegawai PPD Daerah Kubang Pasu, 

Tuan Haji Abdul Razak bin Mat,
(BCK) 

melancarkan dan merasmikan 

blog Panitia Sains Daerah Kubang Pasu"



Terima kasih atas penglibatan semua pihak. Semoga dengan pelancaran dan perasmian blog Panitia Sains Daerah Kubang Pasu ini akan memberi banyak manfaat kepada lebih ramai pihak di luar sana.

Ahad, 23 Ogos 2015

Anugerah Pengurusan Panitia Daerah Terbaik Kategori Sekolah Menengah 2015

Panitia Sains Daerah Kubang Pasu dengan bangganya mengumumkan kejayaan Panitia Sains Kubang Pasu yang sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengurusan Panitia Daerah Terbaik Kategori Sekolah Menengah 2015 bagi PPD Kubang Pasu. Anugerah disampaikan sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kubang Pasu yang diadakan baru-baru ini.

Pemilihan Panitia Sains Kubang Pasu sebagai Panitia Terbaik Daerah adalah untuk kali ketiga berturut-turut, iaitu bagi tahun 2013, 2014 dan 2015. Tahniah diucapkan kepada semua AJK Tertinggi, Ketua Panitia Sains dari semua sekolah, Guru Cemerlang Sains dalam PPD Kubang Pasu dan semua guru-guru Sains yang telah berjaya menggerakkan Panitia Sains Kubang Pasu ke tahap yang sangat mengkagumkan ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan setiap program dan aktiviti seperti yang dirancang selama ini. Semoga usaha kita ini mendapat rahmat dan kebaikan di sisi-Nya. Amin.