.

.

Khamis, 16 April 2015

Bengkel Penerapan KBAT dan Pentaksiran Sains PT3 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 - Hari 01

Panitia Sains Kubang Pasu sekali lagi berjaya mengadakan bengkel peringkat negeri Kedah yang berlangsung dengan jayanya. Bengkel Penerapan KBAT dan Pentaksiran Sains Pt3 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 ini adalah disampaikan oleh Puan Hajjah Azizah binti Haji Omar. Puan Hajjah Azizah adalah Ketua Bidang Sains di SMK Putri Wilayah, Kuala Lumpur dan merupakan mantan Penolong Pengarah Pentaksiran Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Hari pertama bengkel lebih memfokuskan kepada konsep sebenar pentaksiran dan bagaimana cara mengintegrasikan pentaksiran dengan komponen lain seperti KBAT, iThink, dan pembelajaran Abad ke 21. Hari pertama juga mendedahkan para peserta bengkel dengan kaedah penyediaan JSU bagi membina soalan Sains KBAT dengan lebih berkualiti.




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan