.

.

Selasa, 14 April 2015

Bengkel Kolaboratif Intervensi Sains SPM Bagi Daerah Kubang Pasu

Satu bengkel bagi subjek Sains SPM telah diadakan di Dewan SMK Megat Dewa pada 28 Mac 2015. Menggunakan nama Bengkel Kolaboratif Intervensi Sains SPM, bengkel ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada pelajar GALUS. Penceramah adalah Guru Cemerlang Sains, Puan Nurul Hizan daripada SMK Paya Kemunting.

Beberapa teknik menjawab soalan Sains SPM dikongsikan oleh beliau, terutamanya yang menggunakan teknik KEPSEM. Aktiviti diteruskan dengan pelajar melakukan tugasan berkumpulan dengan menggunakan teknik memudahkan nota. Pelajar yang hadir ini kemudiannya akan dilantik sebagai Guru Muda dan akan melatih pelajar lain di sekolah masing-masing.

Terima kasih kepada Puan Penceramah, Cikgu Nurul Hizan dan Tahniah kepada semua yang terlibat!


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan