.

.

Selasa, 14 Julai 2015

Dialog Prestasi Analisis AT2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

Pada 12 Julai yang lalu telah berlangsung Dialog Prestasi Analisis markah AT2 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 untuk Panitia Sains Daerah Kubang Pasu. Dipengerusikan oleh Puan Noriah, Pengetua SMK Megat Dewa, mesyuarat menghimpunkan barisan Ketua Panitia Sains semua sekolah di daerah Kubang Pasu.

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menganalisa markah Sains SPM AT2 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun di samping mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi kes spesifik sekolah masing-masing. Perkongsian aktiviti yang dijalankan di sekolah lain juga membantu rakan guru mendapatkan idea aktiviti bagi tindaksusul di sekolah masing-masing selepas ini. 

Diharapkan perbincangan ilmiah ini mampu memberi kesan kepada lonjakan peningkatan pencapaian subjek Sains SPM untuk semua sekolah di dalam daerah Kubang Pasu. Selamat maju jaya!


Dialog Prestasi Analisis AT2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015


Dialog Prestasi Analisis AT2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015


Dialog Prestasi Analisis AT2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015


Dialog Prestasi Analisis AT2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015


Dialog Prestasi Analisis AT2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015




Isnin, 27 April 2015

Ceramah Teknik Menjawab Soalan Sains SPM oleh Cikgu Hamzah

Pada 25 April yang lalu telah berlangsung satu lagi program anjuran Panitia Sains Kubang Pasu untuk tahun ini, iaitu Ceramah Teknik Menjawab Soala Sains SPM. Sesi ceramah teknik menjawab ini disampaikan oleh Cikgu Hamzah, mantan Guru Cemerlang Sains Kelas Khas C yang didatangkan khas dari Terengganu.

Seramai hampir 400 orang pelajar calon-calon SPM dalam daerah Kubang Pasu yang terdiri daripada 13 buah sekolah telah hadir dan mendapat manfaat daripada sesi tersebut. Terima kasih kepada penceramah, peserta dan juga guru pengiring atas kesungguhan anda. Semoga berjaya!